3 NOV 2012 . satu tarikh yang mungkin sepatutnya menjadi
hari gembira buat aku .tapi…
entah kenapa semuanya tidak menjadi kenyataan .
namun, aku tumpang bahagia melihat
senyuman rakan-rakan seperjuanganku . aku memegang
kata-kata ibu , bersedih dahulu gembira
kemudian. Mungkin hari ini kita
berduka, tapi esok hari siapa yang tahu ??? ALLAH telah
mengaturkan semuanya
untuk kita. ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu , tetapi apa
yang kita perlu
. aku tumpang bangga melihat senyuman kebahagiaan rakan-rakanku .
Entah kenapa , harini bibir sangat berat untuk mengukir
walau sedikit senyuman . maaf wahai
rakan, aku tidak mampu menipu diri sendiri
. entah kemana diriku yang tabah . walaupun
senyuman palsu tetap tidak dapat
terukir dari diriku . semakin dekat hari peperiksaan ,
semakin terganggu emosi
dan fikiran. YA ALLAH , kau tabahkan hatiku YA ALLAH.
Kan bagus kalau hidup di
tamadun awal dulu. Sebelum peperiksaan, calon dikurung selama
beberapa masa. Mungkin
aku x perlu rasa semua ni . tanpa kesedihan ini , kebahagiaan ini .
kemarahan
ini . jauh daripada semua sehinggalah tamat peperiksaan.
Sedang aku cuba berbahagia bersama rakan , meniti hari-hari
terakhir sebagai pelajar di
SMK MAOKIL , entah kenapa kesakitan semakin aku
rasakan. Sepanjang hari ini entah
kenapa air mata terlalu mudah mengalir. Seolah-olah
diri ini terlalu lemah . aku tidak mampu
bertahan lagi , aku gagahkan diri
untuk pulang ke rumah . sungguh aku x mampu
menahan sedikitpun kesakitan ini. sesampai
dirumah , terhambur semua kedukaan .
bersendirian didalam kamar sepi hingga
tertidur. Lagak seperti sleeping beauty, tidur tanpa
sedar hingga jejak ke
waktu petang. SubhanaALLAH . bangun dari lena, kurang sedikit kesakitan .
tapi
entah kenapa, semua perkara membuatkan aku sedih . sekadar gurauan dari seorang
abang pun
mampu membuat aku menangis. Hujan lebat mengiringi air mataku……
YA ALLAH , kuatkanlah diriku ini. Kurangkanlah kesakitan ini
setidak-tidaknya sehingga
aku tamat peperiksaan.
No comments:
Post a Comment