-->
Xia Feenart

official diaries of NOR SHAFINAZ BINTI SHARIF .i'm proud being just the way i am . don't judge me if you don't know me in and out . even you know me , you don't know my story .even i always smile in front of you doesn't mean that i never cry behind you , because i love to cry in the rain as nobody know that i was crying.....

2 DISEMBER

Assalamualaikum , hello guys! 
Terlebih rajin nak menaip bila bosan 
tak tahu nak buat apa ni.
 Okay, today I dah start minggu kedua semester ni.
 Alhamdulillah, for the time being semuanya berjalan lancar.
Dua hari lepas I dapat call dari mak, 
she told me that my brother was admitted to hospital.
 Tangan dia yang dulu pernah patah now retak pula, 
kat tempat yang sama.
Dugaan,  Yahooooo dapat anak buah baru !!!!
Finally i have a nephew.  Semoga baby and ibu dia selamat.



Talking about my life, well biasalah dalam hidup ni 
tak pernah lari daripada masalah and hasad dengki. 
Guys, dalam hidup ni tolonglah buang sifat hasad dengki,
 hina caci maki orang. 
Kalau dah cukup sangat ilmu kat dunia ni 
sepatutnya awak sedar semua tu tak patut ada dalam diri awak.
 One thing to remember,


“dalam masa satu saat manusia boleh berubah”
“the sun goes down, the stars come up”

Awak sedar tak dunia ni berputar?
 Siang dan malam pun silih berganti tau.
Macam tu juga dalam hidup kita.
Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Kadang kita berjaya kadang kita gagal.
Kadang kita sedar kadang kita alpa.
 Yeah, mungkin awak lupa kot.Takpe, kita ingatkan awak ehhh?
Awak, kalau harini awak hina dia,
 mengumpat mengata dia takmustahil suatu hari nanti 
orang lain akan hina caci maki awak lebih teruk daripada tu.
Mungkin harini awak lebih baik daripada dia 
tapi tak mustahil suatu hari nanti dalam masa satu saat 
dia boleh berubah lebih baik dari yang awak sangka.
Masa tu jangan menyesal kalau dalam masa satu saat 
awak akan berubah lebih teruk daripada dia.
 #BumiBerputar #HidupAdaTurunNaik. 
Kalau nak perbetulkan orang ada caranya,
 bukan dengan cara menghina dan memaki dia.
 Nasihat orang pun berpada-pada caranya.
 Kalau dah cukup sangat ilmu agama awak tu,
 awak lupa ke macam mana cara Rasulullah sampaikan dakwah?
 Cara baginda perbetulkan umatnya? Subhanallah.


Terima kasih wahai temanku AH.
Dia yang ajar saya erti sabar,
 dia yang ajar saya jadi lebih kuat.
Tanpa dia, hidup saya tak bermakna. 
Tanpa dia mungkin saya hanya mampu 
menangis menghadapi masalah. 
Siapa kata hidup ni perlu “couple”? 
berkasih sayang dan bercinta saat hubungan dah sah 
dan halal di mata ALLAH kan lebih baik.
 Tanpa dia mungkin EGO saya lebih tinggi dari KLCC.
Juga tanpa sahabat-sahabat disisi hidup saya takkan 
dipenuhi dengan warna-warna pelangi.
To #Haters ,suka untuk saya ingatkan 
saya umpamakan diri saya umpama sebiji batu.
 Kerasnya batu tu begitulah diri saya 
kerana saya seorang yang keras kepala dan berhati batu.
Tetapi, walau macam mana kerasnya batu tu, 
 kalau selalu terkena titisan hujan pun boleh jadi lekuk tau.
Macam tu jugak hati saya ni, kalau kena dengan caranya 
hati saya takkan berdendam dengan awak 
malahan mungkin menjadi lebih baik 
dari yang awak sangka.


*Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah
lagi MahaPenyayang, 
permudahkanlah urusan
 Nor Shafinazbinti Sharif sepanjang semester kedua ini. Amin.
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

26 DISEMBER



Assalamualaikum , and hello readers,
 hello bloggers, hello HATERS ! :D .
 Alhamdulillah, 26/11/2013 hari ketiga 
semester kedua bermula.
Memulakan semester kedua dengan 
kesihatan yang tak berapa baik, sangat sedih -_- .
well~ kali ni mak, abang and adik
hantar saya balik ke Dungun, 
seram weyhhh nak naik bas. 
Accident sana-sini, trauma jadinya. 
Dari Felda Maokil ke Dungun,
 sampai pintu pagar rumah sewa 
hanya 4 jam setengah, berbaloi bhai! 
I’m a non-resident now!
 No more Kolej Redang after this.




Baru first day start kelas dah dapat berita cuti lagi
-_-  apakah ?adoyyy,
 tak logik cuti umum jadi cuti mid-semester.
 Ikutlah guane-guane pong.
 Yang penting tak payah ponteng time
 Kak Leha kahwin nanti, yahooooooo !!!
tak sabar nak stay kampung lama-lama.
 Sabarfinaz, sabar finaz, sikit je lagi. :D
Oh ya, this semester macam dulu jugak ,
 7 subjek termasuk Kokurikulum.
 I’m taking these code subjects HTH 130,
 HTH 135, HTC 166, MGT 162, BEL 260, 
HKR 111 plus CTU 151.
 Second day, sepatutnya kelas serving,
 punyalah malas our classmates first day katanya…. 
Kami tak pakai uniform serving pun. HAHA! 
And guess what, baru that day I jumpa our Academic Advisor
 Encik Hazrin Iman. Dah masuk sem 2 baru kenal PA sendiri.


Next day, masuk kelas Miss Azlina .
Orang Buloh Kasap seyyy, ngee.
 Few minutes later, Oh My GOD! 
Serious talk, rasa nak pengsan time tu.
 FAIZ! Dia repeat HTH 130!!!!
 Satu kelas dengan I , oh man ! #OhMyCRUSH.
Terpinga-pinga sambil pandang Wani, 
sampai Miss Lina pun terperasan.
 She also did say, “I smell something fishy”. J


Tuesday! Hariketiga, terserempak denganSyahmi 
kawan Lokman Sulaiman dekat Uitm Machang.
Tak tegur pun ,segan . 
lagipun dah lambat nak masuk kelas Madam Maziah.
 Masuk je kelas, Once again I am nearly pengsan!
 #FaizRepeatLagi. Helath problem masa sem lepas katanya.
 Tapi one thing I tabik dekat dia. He speaks English very well~ 
I’ve known it since last semester masa dia tegur I dekat kitchen. 
Perfect gila !orang KL katanya. 
Even Miss Lina siap cakap dia #poyosebabtakcakapmelayu.
#1FactAboutHim he’s already 24 -_-
Student life tak lekang dengan Assignment.
Minggu pertama mula semester 
dah dapat dua group assignment.#redha.  


Miss Lina pula mula bagi arahan yang 
KAMI KENA JAGA OUR GROOMING
 girls especially she asked us to wear MAKE UP  
including that blusher, eye shadow and so on! 
NO !!!!!!!!!!!!!! #haveto
And today, I’m getting well. Dah nak sihat,
 bolehlah bergerak aktif ! yeahhh!


*Dengannama ALLAH Yang Maha Pemurah
 lagi Maha Penyayang,
 Ya ALLAH permudahkanlah urusan
 Nor Shafinazbinti Sharif sepanjang semester kedua
ini. Amin. 
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments
Assalamualaikum readers, hello bloggers. 
Pagi yang indah , bangun dengan senyuman
. I’m back ! Hachuummmmm ! 
adoyyyy, spoil  lah pulak . fuhhhhh fuhhhh, tiup sikit.
 Berbulan lamanya tak update, inilah jadinya.
 Jangan contohi saya. Peace !


Okay , satu sem dah berlalu.
 5 bulan dah bergelar mahasiswi UiTM Kampus Dungun.
Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.
 Alhamdulillah. J
Result Final Exam Semester Jun-Okt pun
 dah keluar 1 November haritu.
3A4B with pointer of 3.30 .
 Belum rezeki saya nak tercalon sebagai Senarai Dekan,
 but...... satu permulaan yang baik.
My mom orang pertama yang saya kongsi berita gembira tu .
 Alhamdulillah , she’s happy and proud of me.
 Siapa kata saya tak masuk Matrik tak boleh berjaya?
 Tolonglah jangan pertikaikan lagi kenapa saya tak pergi Matrik tu
. Don’t judge me sesuka hati.
Siapa kata saya tak nak ke Matrik atas alasan JAUH ?
Siapa yang tahu keadaan saya waktu tu je yang akan memahami.
 And thanks to my teacher kerana memahami keputusan saya.
 I appreciate it Encik Mohammad Fadzil bin Ibrahim.
He’s my biology teacher.
Well, saya sedar kemampuan saya untuk terus
 berada dalam bidang Sains Tulen was a bit hard.
Untuk apa saya teruskan apa yang saya tak minat?
Yang bukan kebolehan saya?
Saya tak rasa saya mampu dapat pointer macam
sekarang ni kalau saya berda di KMPk.


Setelah lebih sebulan bercuti “tanam lemak” kat rumah ,
kini saya sedang menghitung hari untuk kembali
 ke Dungun dan kembali meneruskan perjalanan saya
 sebagai seorang Mahasiswi Uitm Dungun.
 Semester 2 is coming.
 Tak sabar nak jumpa rakan-rakan sekelas,
 HOTMAN Group E&F.
 Tak sabar nak jumpa rakan-rakan course yang lain.
Tak sabar nak jumpa housemate.
Siapalah lecturer-lecturer untuk sem depan.
Kita tengok nanti.......



And tak lupa juga, harini 16 November,
selamat datang ke UiTM kampus masing-masing
 kepada student-student baru pengambilan Disember.
Especially my beloved friends....
 Nur Afidah , Noor Dalila, Fatin Azura,
 Noorazimah, Siti Norhanis.
Selamat berMDS sayangku sekalian.


Kaulah bahagia, kaulah derita. CCG 5339
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

antara awak, saya dan dia.


Assalamualaikum , hello bloggers !
 morning sunshine :D . 
morning lahh sangat kan ?
 tengok jam sana ! ehhhh, 
da pukol 1.45 PM ! haha , tu lah dia, 
overnight dengan zara sampai dekat 3 pagi ,
tak reti nak tidur masing-masing.
 Last-last terlajak kan …. 
So, anda semua masih dalam mood raya ? 
untungnya siapa yang masih disisi keluarga. 
Today, hari ke-4 kembali ke Dungun . 
huarghhh, nak balik jumpa mak boleh tak ? 
mak jugak sahabat yang terbaik :’( .


Masalah datang bertimpa-timpa, bergolek-golek .
 Alhamdulillah, Zul yang bagi kekuatan . 
dia yang ajar erti sabar menghadapi kerenah 
dan ragam manusia .
 Nak lari memang tak boleh kan ? 
Lari dari masalah hanya menyebabkan penyelesaian 
pun lari jauh dari kita. Come on lahhh korang , 
korang tu Cuma sebahagian dari chapter-chapter
 dalam cerita hidup aku. 
Penambah perisa pahit, duka semuanya lahh.


Anda nak benci saya? Menyampah dengan saya? 
Come on lahhh ,
 korang yang benci membenci tu lagi keji kot. 
  Takpelah, saya tak kisah pun .
 masih ada yang menyayangi saya >< . 
benda dah lepas lama kot, move on la weyyy. 
Memanglah awak akan kata “cakap memang senang”. 
Ye, saya tahu. Semua orang pun pandai cakap
 “cakap memang senang”. 
Tapi cuba muhasabah diri. 
Anda jangan fikir diri anda dah cukup betul.
 Saya tak cakap diri saya cukup sempurna, 
tapi cuba kalau lembutkan hati memaafkan semua orang ? 
mesti tenang hati kan ? 
kalau betul nak settle sangat,
 tak perlu singkap kisah lama. 
Kan lebih elok macam tu, toksah simpan dendam.
 Saya cakap macam ni, 
awak jangan ingat saya mengaku saya salah okay !
 macam saya cakap sebelum ni, 
sesiapa pun boleh kata ape je
 untuk menyelamatkan diri sendiri.  
Awak nak cakap saya DESPERATE ? 
  kalau saya desperate sangat, s
aya kejar cinta hati awak tu.
 Awak nak cakap saya MELEPAS ? awesome !
 saya rasa saya tak perlukan orang hipokrit !
 awak kan dah bahagia sangat kan ? 
buat apa pandang belakang lagi ? 
awak nak tunggu saya kahwin baru awak rasa lega ke? 
Mehh lahh kita sanding sama-sama nak ? 
ke awak nak ajak adik awak tu sanding sekali dengan kita ? 
adik awak yang bagi kekuatan and semangat tu.
 jadi 3 pasang pengantin. 
Nanti makan damai baru rasa damai. 
Boleh berdamai sekali :D PERFECT ! Macam sweet je kan ?




Sekian, terima kasih. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 
Pada yang berkenaan ,harap baca okay !
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

STYLE TIDUR YANG PELIK ??


Holla !!!! Assalamualaikum readers, hello bloggers. :’)
 okay , harini Finaz nak try senaraikan beberapa style 
TIDUR yang PELIK ! HAHA ! 
jeng jeng jeng >< . 
Alright , beberapa orang student dijadikan 
sebagai sumber-2 penting .



First , tidur sambil duduk . 
Perkara biasa lah kan , 
lebih-2 lagi pada student  yang study 
sampai lewat malam .fuhhhhhhh~ 
Top Student lahh kalau macam tu :D
 .tapi tak jugak , HAHA ! 
ade jugak yang tidur duduk sebab 
online tengah-2 malam 
kat meja belajar sampai pagi :D 
haaaaaaaaaaa, biasanya time-2
 hujung minggu lah tu kan ?



Second , tidur style SPIDERMAN . 
ehhhh ? macam mane tu ? HAHA ! 
hanya aku dia dan ALLAH
 saje yang tahu , :P . 
siapakah calon-calonnya ?
 rahsia~ 
nak tahu style spiderman ni macam mane? 
HAHA ! bukan melekat kat siling nuuuuuuuuu . 
tapi melekat kat DINDING !
 sampai pagi boleh tahan tak gerak-2.
 HEBAT en?




Third, tidur sambil BERSILA ! 
ehhh, macam same je dengan yang First tu kan ? 
Haaaaa, anda silap !
 tidak sama sekali .
 Calon yang sorang ni ,
 dia kata dia tidur baring , 
tapi dalam keadaan yang bersila. Amboi !!!
 mungkin dia dalam keadaan berjaga-2 kot , 
agak-2 stress terus terbangun buat YOGA !



Next , tidur style KATAK ! 
ehh , style ape ni ?
style tidur sambil lompat-2 ekk ? 
HAHA , bukan laaaaa. 
Tidur style katak ni maksudnya 
tidur macam katak mati atas jalan raya ,
 terlentang atas katil gaya perenang antarabangsa. 
Hewhewhew :D . 
mungkin setiap kali dia tidur 
dia mimpi berenang kat laut china selatan kot. :P

*HAHA , cukuplah tu. Entry ni sekadar berkongsi cerita. 
Takde niat nak mengaibkan sesiapa. Peace !
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

DJ PROPA


Assalamualaikum , hello guys ! 
bersama Finaz sekali lagi , well ~
 blog Finaz kan bukan orang lain J . 
so, hampir 3 minggu dah Finaz kat sini , 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
 Hah , u know what ?
 before this Finaz berada dalam kumpulan C tau ,
 tapi….........................
lepas budak second intake masuk semuanya hampeh okay ! 
kelas terpaksa dirombak semula .
 Lepas jumpa Sir Razman haritu 
semua class-mate Finaz rasa down gila 
sebab  most of us terpisah ! 
NO !!!!!!!!!! 
Diorang siap ajak buat Solat Hajat
 biar kitorang bersatu semula. HAHA ! 
Esoknya dapat mesej semua pelajar HM110 
berkumpul dekat Kafe Kreatif. 
Hati masing-2 bercampur-baur .


Alhamdulillah , most of us masih bersama. 
Walaupun berlainan kumpulan 
tapi masih dalam kelas yang sama. 
Hanafi , Fahmi a.k.a Tok Wan , Fira, Ama , 
Bina , Zati , Ain and for sure me DJ Finaz. 
Err ==’ yeah , diorang panggil Finaz DJ kat dalam kelas.
 Part paling kelakar bila Ustazah Umi tanya , 
“awak pernah masuk tv jadi hos ke ?” , 
habis satu kelas gelak !
 lepas ni tak dapat masuk kelas ustazah lagi 
sebab kumpulan E&F bawah jagaan Ustaz Muaz.
 Haaaaaaaaa, Another one 
masa presentation group discussion kelas ELC , 
bila Finaz bangun je pergi depan 
Madam Hafizah pun kata ,
 “ni dia, pengacara Wanita Hari Ini kita…”
 malunya……………. :’) 
yeah , lepasni tak dapat jugak  masuk kelas Madam lagi 
sebab kitorang dah tak belajar ELC, 
kami dah bertukar semula ke subjek BEL . 
L . how sad .
Banyak orang banyak ragamnya rite ?
 dalam kelas Finaz , macam-2 ragam ade. 
Semuanya mengeratkan lagi silaturahim kami J .
Tok Wan dengan handphonenya , s
iapa yang tersilap langkah , jeng jeng jeng
memang akan menjadi mangsa Tok Wan lah . 
Hasilnya ,jom kite tengok ramai-2 kat group 
Facebook okay ! opss, sorry ! 
group private ini hanya utk kami berlapan :P . 
Bina and Ama dengan PROPA nya . 
Bina dengan Hello Kitty dia .
 Finaz dengan mulot celoteh DJ nya .
 Zati yang selalu jadi mangsa handphone Tok Wan 
sebab dia selalu tak pandang kiri kanan
 dah kalau menyanyi , 
macam dia sorang ade dalam kelas tu . 
Haaaa , tu baru ragam kitorang berlapan je ,
 yang lain-lain tu ? hanya kami yang tahu ……..
 rahsia kerajaan DJ PROPA :D


One more thing , gara-gara jerebu yang teruk kat JOHO ,
 mak tak kasi balik , how sad :’( 
nampaknya Finaz terpaksa tunda,
 balik masa cuti raya sahaja L .
 Felda Maokil !!!!!! I’m coming okay , 
semuanya tunggu kepulangan Finaz okay :D 
habislah kena gelak kalau diorang dengar 
Finaz bercakap nanti , 
habis bercampur2 bahasa dah . 
semalam masa call Fie  pon dia dah gelak 
dengar bahasa Finaz yang mix pantai timur . 
HAHA ! 
tak dapat bayangkan lepas 3 tahun kat sini ,
 gimana gaya lah >< .
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

CLASS

Assalamualaikum readers !
 harini 8 JUN 2013 . 
Akhirnya tamat jugak sesi orientasi.
 Bagi yang terlepas entry yang sebelum ni , 
Finaz sekarang dekat Kampus UiTM Dungun ! 
oghe pantai timur sudah :D . 
Seminggu berlangsungnya sesi orientasi 
atau lebih dikenali sebagai Minggu Destini Siswa. 
Minggu yang sangat memenatkan , 
mana nak layan homesicknya lagi :’(
 rindunya nak balik !!!!!!! Rabu 5 Jun , 
Finaz call Angah , guess what ? r
upanya adik beradik Fi semua ade kat rumah L . 
cemburunya , Finaz sorang je takde kat rumah . 
huarghhhhhhhhhh !!!!!
Alhamdulillah , tak sangka tarikh 2 JUN 2013 
memang tarikh terbaik dalam ingatan . 
Terima kasih Aziizul. 
Girls , tak perlu nak bermekap tebal
 atau berdandan sana sini  . 
cukuplah menjadi seorang yang bersederhana 
dan jadi diri sendiri, 
orang akan lebih senang mendekati diri kita.
Setiap yang terjadi memang ade hikmahnya.
 Alhamdulillah , ALLAH had plan a great future for me here.
 Alhamdulillah , kesihatan ayah dah mula stabil . 
Terima kasih Ya ALLAH.  
Alhamdulillah jugak , 
kehidupan dekat kampus ni banyak mengajar
 erti hidup pada Finaz.
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments
Assalamualaikum, hello readers . 
Harini , 1 Jun 2013 . Right now, I’m here…..
 Kampung Batu Mengkebang Kuala Krai Kelantan .
 ape Fi buat kat sini ? 
sekarang ni Fi kat rumah mertua Along. 
  Penat weyh, hampir 12 jam perjalanan. 
Dah lama tak jalan jauh, 
nak patah pinggang rasanya L .
 BUT ! I’m happy ! semalam masa gerak dari rumah ,
 subhanallah…. Air mata mengalir weyh :’( . 
berat nya hati nak pergi . mana tak nya , 
hati saya tertinggal dekat maokil. 
Hehe J . Aziizul Hakim Mohd Tarmizi,
 jage hati saya tu elok-elok deyhhh :D .
Sampai je Kuala Krai nak menangis rasa 
bile dapat text dari Zul . o
rang kata bila berjauhan tu lah terbit rasa rindu kan ? 
HAHA ! badan yang penat tu diabaikan , 
terharu bila dapat dengar dia mainkan gitar.
 Awak jaga diri elok-elok ye , jage kesihatan tu . 
In shaa ALLAH ade umur kite jumpe lagi . 
Raya nanti jangan lupe , sedondon deyh . J .
 tak sabar nak beli baju raya , ngeeeee :D


Dekat rumah ni , nampaknya saya jadi topic utama.
 Hampir semua adik beradik kakak ipar saya balik ke rumah ni .
 hampir semua tahu yang saya akan 
melanjutkan pelajaran ke UiTM Dungun .
 terharu rasa weyhhhh . baru sehari kat sini , 
dah terasa nak bawak motor pusing-2 kampung. 
Walaweyhhhh , tak dapat nak selalu balik ke Johor . 
Mak !!!! Raya balik Selancar jom !!!!! muahahaha .


Mulai esok , 2 Jun 2013 . bermulalah kehidupan saya
 sebagai seorang student UiTM Kampus Dungun. 
Jadi oghe pantai timur pulak lerrrr . 
semoga urusan saya berjalan lancar, hari ini, esok dan selamanya.
My sweet sis Kak Ira a.k.a Nadzirah binti Senan .
 take care ! Raya kite jumpe deyh , gonna miss you lot lah kak !!!
Aziizul Hakim Mohd Tarmizi , in shaa ALLAH 
akan tiba masanya suatu hari nanti . 
Biar ape pun halangan yang datang , 
selagi kunci pada saya, takkan semudah tu saya berpaling . 
bila tiba masanya kite buka sama-sama okay !


Mak ayah , jage diri elok-elok.
 Ade cuti panjang kakak balik Johor ye J
SAYA SAYANG MAK AYAH ! doakan kejayaan kakak .
 My beloved family too . 
Nur Syamani Mohamad Kambali , Mohd Nadzmi Abd Rahman ,
 belajar elok-2 weyh ! kak yong gemok takde kat Johor L . 
My beloved bestfriends and classmates , kite tunggu reunion nanti !!!! XOXO .
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

LIVE YOUR LIFE

Assalamualaikum and hello readers , I’m back ! 
  phewwww , berhabuk nya laman ni . 
punya lah pemalas tuan dia kan ?
 iskk iskkk iskk . sadis :’( 
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi , 
huarghhhhhhhh !!!! 
Seriously tak mengantuk langsung . errr ==’ .
 Aziizul Hakim Mohd Tarmizi !
 nampaknya penyakit susah tidur awak dah berjangkit dekat saya . 
Awak pula yang senang tidur kan ? 
Senang hati awak kan ?
 Saya yang sarat menanggung rindu ni weyhhhh !!
Punyalah bosan tahap kelawar tidur malam
(kelawar tidur waktu siang kan? 
Ni lah akibatnya bila terlalu bosan 
tahap dewa tak terkira engko) ,
terdetik pula nak menaip . CURHAT gitu :D .


Guys , Cik Finaz yang keras hati dan keras kepala
 nampaknya telah berjaya dilembutkan oleh seseorang . 
wowwwww, impressive okay !!!! 
senang hati la saya lepas ni :’) . 
Seriously Cik Manis Bulan Mei 
bawa kenangan manis dalam hidup saya .
  dan kerana senang hati jugaklah , 
finally I did it !!!!!! 
I LOST ALMOST 6 KILOGRAM OF MY WEIGHT !!!!!!!!!  
well~ bila hati senang , masalah, stress, 
kesedihan ,almost all bad things have GONE !
 No more Finaz yang tak bermaya dan murung . 
Girls ,wake up okay ! 
tak perlu lah nak diet dan yang sewaktu dengannya.
 LIVE YOUR LIFE !


Well~ berbalik kepada my Parfait !
 Walaupun jangka masa perkenalan yang sangat singkat, 
itu bukan halangan. 
Berkongsi minat yang sama, k
egemaran yang sama, dan…… 
ehhh? Kite ade perasaan yang sama laaaaaaaaaaaa . 
Seriously, saya tak sangka langsung 
  SESEORANG yang awak cerita dekat saya tu 
adalah SAYA SENDIRI ?? 
well, sesiapa jadi saya pun akan rasa terkejut okay ! 
punya lah saya bagi tips dan pendapat dekat awak 
cara-cara nak luahkan perasaan awak dekat SI DIA , 
rupa-rupanya it’s ME !!


Awak , sebenarnya saya selalu stalk Profil Facebook awak okay ! 
Nampak macam awak dah ade yang punya, 
that’s why saya berdiam diri .
 Well~ dengan cara awak berkawan dengan saya,
 dengan sikap awak yang suka dengki saya. 
Saya ingat lagi awak dengan bestfriend awak tu 
pedajal motor saya okay!
 Rupa-rupanya ade udang sebalik mi . 
eeeeeeeeeee, geramnya !! 
Dengan muka tak bersalahnya kan ? 
awak tahu tak , awak sangat lah unpredictable!! 
Mempunyai personality yang berbeza 
mengikut masa dan persekitaran . 
Sejujurnya saya mulai melting dengan
 perwatakan awak yang matang 
even umur awak baru nak menjejak 21 TAHUN !!
  Ye ,awak tak nampak macam 21 tahun ==’ 
lebih-2 lagi part misai awak tu , HAHA ! 
yes , awak sendiri sedar kan ramai orang cakap
 awak macam 24 or 25 tahun.


so ,tarikh 4 MEI takkan saya lupakan okay ! 
awak pun ! 
Agaknya kalau tak kerana dah tiba masa
 untuk saya  sambung belajar 
sampai bila-2 pun awak takkan mengaku semua ni kan ? 
Patutlah saya rasa macam ade sesuatu je
 bila awak tiap-2 hari tanya betul ke hujung bulan saya nak pergi  . 
 Awak jangan risau okay . jauh dimata dekat dihati… J .


Guys, tak perlu menyiksa diri untuk terus berada
 dalam kenangan lalu okay ! 
Perlu ke menanti pada yang tak sudi ?
 Carilah kebahagiaan untuk diri sendiri juga . 
Kalau dia dah diciptakan untuk awak , 
tak kira jauh mana pun dia pergi dia tetap akan kembali . 
cepat atau lambat je . 
LIVE YOUR LIFE . 
Everyone deserves a better life 
. Hidup awak takkan ke mana kalau awak terus
 berada di takuk yang lama.
 Peringatan untuk diri sendiri juga. 
hargai diri sendiri demi masa depan yang lebih cerah
  .
Naziizul 1.32 a.m 11/05/2013   


Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

NOVEL !

Assalamualaikum 
hello readers and bloggers.
Topik kita harini .NOVEL ! 
apa pandangan you all tentang novel ?
Semua org ade pendapat tersendiri.
Ade yang positif, ade yg negatif, ade yg 50-50. Erkk?

Some people may said :
“novel ? buang masa je”
“perempuan dengan novel x dpt dipisahkan”
“novel ,penuh drama je.”
“perempuan , baca novel pun nak nangis. Bukan kisah benar pun”
“novel, melalaikan. P baca kitab nuhh lagi bagus!”
“membazir ,sekali habis baca simpan banyak-2 dalam kotak”
(excuse me , kalau jaga elok boleh lego okay ! 
ingat takde ke orang nak beli novel terpakai?)
Bermacam-macam pendapat orang tentang “NOVEL”


Saya mula minat baca novel sejak tingkatan 1.
Well, ayah saya selalu marah.
“Finaz ! elok sangat baca novel tu , buku sekolah taknak baca.
 Benda yang sia-sia macam tu dibaca.”
I was like, huhhh ? kadang-kadang saya diamkan je 
dan terus berlalu masuk bilik. 
Kadang-kadang bila terlebih berani tu saya pun jawab 
“ayah ingat baca novel tu setakat buang masa macam tu je ke?
 Dalam novel ni lah kakak dapat ilham buatt karangan.
 Sebab tu kakak tak pernah hilang idea bila exam bahasa melayu
.(walaupun sebenarnya latihan karangan lah yang paling malas nak buat). 
Dalam novel ni pun macam-macam ilmu kita boleh belajar. 
Bukan setakat novel cinta macam tu je .
 penulis pun bukannya bodoh , tetap terselit ilmu agama dalam ni. 
Ilmu masak , ilmu cinta. (opssss). Ilmu hadis , ilmu perubatan. Ilmu kehidupan.
 Semua ade dalam ni.” (tak berniat nak melawan atau derhaka.
tapi inilah hakikat sebenar).



p/s: jangan pandang rendah or memperlekehkan pembaca setia novel. 
Amalan Membaca Budaya Kita.
 Prospek membaca tu terlalu luas.
 Pelbagai media tersedia untuk dijadikan bahan bacaan.
Well~ kepada geng-geng novel saya. 
You’re absolutely a good reader.  
Kepada kakak-kakak saya , Juniza dan Azilah . 
terima kasih sudi jadi sumber-2 novel baru untuk saya. :D . 
Isra dan Nina juga , thanks jadi sumber-2 novel . 
ade novel baru hello-2 okay ? tukar-tukar baca :’).  
And , pengajaran juga pada pembaca novel kat luar sana. 
Jangan reti pinjam orang je, beli taknak. 
Pandai pinjam orang tu , pandai lah jugak bagi orang pinjam juga.
 Baru fair and square. Adil okay !
Posted by Pinahhhhhhh 2 comments

Result SPM .

Assalamualaikum !!!!
hello readers , bloggers .
it's kind a bit late .
siapa sini candidates SPM 2012 ?
well~ i'm one of them.
haaaaa , lega dengan result ?
Alhamdulillah , setelah berhempas pulas
berperang dengan pensel , pena
dan kertas soalan 
21st March 2013 tarikh keramat.
slip keputusan telah dikeluarkan 
pada tarikh tu .
siapa yang tak berdebar en ?
seriously , Finaz rasa nervous gila .
sanak saudara dah la ramai kat rumah
yeah , what a coincidende
Angah saya bernikah pada 22 MAC !
sehari sebelum result keluar
Finaz dah tak senang dudok.
Bila dah pagi tu rasa macam waktu
LAMBAT GILA BERLALU !
pagi tu Finaz pergi sekolah dengan SUHAILA!
well~ bebudak ni dh terkejut gila
mana tak nya , Finaz dengan Suhaila ?
siapa yg tak tahu kes kitorg gaduh tahun lepas.
tak bertegur sapa langsung walaupun dh
kawan selama 16 tahun !
dari kecik okay !

well~ majlis diadakan dalam dewan.
Pelajar-2 cemerlang Cikgu Sebut satu-2 
naik atas pentas .
Bangga bila tengok kawan-2 berjaya.
Alhamdulillah . 
I am one of them !!


Alhamdulillah syukur :)
batch'95 masih batch yang terbaik.
kami mengembalikan kegemilangan
SMK MAOKIL.
100% LULUS SPM !
Kami pelajar PMR 2010 TERBAIK !
Kami pelajar SPM 2012 TERBAIK !
kali ini sekolah merangkul 
3 Anugerah Peringkat Negeri.
well , saya tak ingat apa dia. hihi

here , pelajar-pelajar cemerlang 
SPM 2012 SMK MAOKIL.


Tahniah you alls !


Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

Dilamun Rindu

mengapa ketika bila aku sendirian
terkenang kenangan waktu kita bersama
pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi .

indah waktu itu 
kerna engkau di sampingku
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada
hanya aku dilamun rindu.

# jangka masa hampir 10 tahun mengenali awak
kini saya hilang awak sekelip mata.


~fieeeeeeeeeeeeeeee
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments
Assalamualaikum , hello bloggers. 
Hello readers . what’s going on ? 
HAHA ! for your informations readers ,
now Fi dah kerja tau . Cari pengalaman ,
 suka-suka je tolong ibu dekat kedai makan.
 Penat memang la penat tapi seronok okay !
 At least xde la bosan dudok rumah goyang
kaki en ? :D
 Everyday Fi masuk kerja pukol 5 petang ,
then balik pukol 12 tengah malam.
 Tapi depends jugak la , kalau  x ramai
 customer kedai tutop pukol 11. 
Disebabkan balik tiap-tiap hari lewat malam ,
 Fi langgar peraturan mak untuk
tidak mandi malam .
 Mana tak nya , balik dah penat-penat ,
 letih berpeluh semua ada .
Siapa nak tidur dengan keadaan
macam tu en ?
 Tapi ,biasanya lepas balik kerja Fi langsung
x bole tidur.
 Akibatnya ,orang lain tidur malam ,
Fi tidur siang .
HAHAHA ! Kadang-kadang tengah-2 malam
macam tu , 
sepupu Fi , Zauffi Hafidz yang jadi geng ! 
Sebab apa ? sebab dia selalu kebosanan
 bila tengah malam, hihi . Fi la jadi
mangsa borak dengan dia :’)
 Tak lama lagi Majlis Perkahwinan KEMBAR FI !
 haha , kidding . Angah Fi kahwin la ,
 well~ Fi memang rapat dgn dia. 
Muka pon hampir sama , macam kembar okay !
U know what ? Fi yang EXCITED !!!!! 
haha :D well~ Fi ade plan baik punya
dengan Hafidz nnti . :D
 So , till then ~ daaaaaa .
 seram okay seram Result SPM keluar 
20 MAC ni !!! 
doakan Fi okay ??? Assalamualaikum~
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

TAKUT

MUNGKIN KU TAK BISA MENYATAKAN ,
APA YANG TERLINTAS DI BENAKKU
BUKAN KERANA KU TAK MENCINTA
CUMA KERANA KU TAK MAMPU
MENATAP MATAMU....
TAPI ,BUKANKAH SEMUA RASAKU
SEDIA KAU TAHU TANPA KU PERLU
MENGGAPAI PENA DAN MENULIS
APA YANG ADA DIHATIKU.
KERNA DALAM HATIKU
SELALU ADA KAMU,.....
TUHAN TOLONGLAH KU 
KERNA AKU TAKUT KEHILANGAN DIA.
KERNA AKU TAKUT DIA KAN PERGI
MENINGGALKANKU SENDIRI DI SINI.
TUHAN TUNJUKKANLAH
APA YANG TERUKIR DALAM HATINYA
JALAN MANA YANG HARUS KU DATANGI
AGAR TERLERAI KUSUT INI....
TUHAN TOLONGLAHKU
PINJAMKAN KEMBALI DIA PADAKU
PEGANGKANLAH TAKDIR INI UNTUKKU
KEMBALIKAN DIA SEPERTI DULU....
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

BIAR MALU SEKALI, JANGAN MENYESAL SELAMANYA

ASSALAMUALAIKUM

Hello blogger , harini keknas nak share
satu kisah yg mungkin bisa
menjadi pengajaran untuk semua .
BIAR MALU SEKALI, JANGAN MENYESAL SELAMANYA

Perkenalan antara Alya dan Along
bermula sejak Alya berada di tingkatan 3.
Tanpa sedar , Alya telah menyayangi Along
dalam diam . 
Pada suatu hari , Alya meminta Along
untuk bertemu denganya dirumah .
Setelah berbual seperti biasa ,
Alya memberanikan diri untuk meluahkan
perasaannya terhadap Along.
Along terkesima , lantas Along berbicara
dari hati ke hati . "Al ,awak muda lagi,
perjalanan awak jauh lagi .Awak fikir pelajaran
awak dulu keyh? Awak nak PMR. janji dengan 
saya awak akn dapat keputusan yang cemerlang."
"Baiklah , Al cuba."
Masa terus berlalu ,Alya mulai sibuk 
dengan pelajarannya dan berusaha sungguh-2.
Dalam masa yang sama , Along juga turut
menghilangkan diri ,tanpa khabar.
Alya kecewa dan bersedih . Namun dia
bangkit dengan kehadiran sahabat disisi .

Dua tahun telah berlalu , kini Alya telah pun tamat
menduduki SPM. Tanpa Alya sangka , Along kembali
dalam hidup Alya . Mereka texting , calling macam
tak jumpa sepuluh tahun .Betapa bahagia
Alya dengan kehadiran Along semula.
Hubungan mereka mesra lagak pasangan kekasih.
Suka dan duka dikongsi bersama.
Mereka sering menjadi bahan gurauan rakan-rakan
juga saudara . Namun masing-2 tidak mengakuinya.
Alya sebagai seorang perempuan takut untuk meluahkannya lagi.
Along pun tidak memberi sebarang kata putus.
Dalam diam Alya masih menyimpan perasaan
sayangnya terhadap Along.
Alya cuba menyampaikan maksud isi hatinya
melalui lirik-2 lagu dan kata semangat
kepada Along .Namun Alya kecewa , 
macam takde respon .
Alya terus memendam hinggalah tiba suatu hari
Alya mendapat tahu tentang satu kebenaran
yang amat menyakitkan. Ketika Alya ingin meluahkan
perasaan sebenarnya terhadap Along,
Along telah pun menjalinkan hubungan dengan Intan .
Dan yang paling Alya terkilan,
tanpa dia sedar selama dua tahun yang telah berlalu
Along masih menyayangi  Alya dan 
menyimpan tekad untuk memiliki Alya setelah Alya tamat
persekolahannya .
Namun , semuanya telah terlambat.
Along kecewa dan hancur harapan ekoran
salah faham tentang hubungan Alya dan Hafiz yang sebenarnya 
hanyalah sekadar Teman Rapat seperti 
Along dan Alya juga . Bezanya Along dan Alya 
menyimpan perasaan dalam diam.
Kini , Along telah pun mula mencuba untuk
menyayangi Intan .
Hanya kerana mereka terlambat meluahkan
isi hati masing-2 ,kini mereka tak mampu
untuk bersama.
Tinggallah Alya hidup keseorangan.
Dia kehilangan keceriaan hidup tanpa Along disisi.
Alya terus menyayangi Along tanpa putus asa.
Alya menyesal kerana tak sedar semuanya
selama ini .
Kini , Alya hanya mampu melihat kebahagiaan
Along dan Intan dari jauh .


p/s : kepada pembaca kat luar sana .
jadikan kisah ini sebagai pengajaran.
Jika anda menyayangi seseorang tu ,jangan pendamkan.
Luahkannya sebelum terlambat .
Sama ada seseorang tu mempunyai perasaan
yang sama mahupun tidak.
Sebelum anda menyesal selamanya kerana
lambat menyampaikan maksud isi hati,
Luahkan sebelum akhirnya anda hanya mampu
meluahkannya dipusara .
Namun , berdoalah . Kerana Allah Maha Mendengar.
ALLAH tidak akan memberi apa yang kita mahu
tetapi ALLAH bagi apa yang kita perlu.
ALLAH sayangkan hambanya yang sentiasa
berusaha dan sentiasa mendampinginya.


Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

#TeamSenget

Assalamualaikum,
hello bloggers , readers .
macam yg keknas kata tadi ,
harini feel menaip terlebih . :D
by the way , kali ni keknas nak story 
pasal #TeamSenget . 
err , ape tu ? siap hashtag bagai~
HARHAR , geng senget dekat Twitter ,
setakat ni ahlinya cuma 3 orang .
Keknas , Zazil and Zulika .
tapi , Keknas paling rapat dengan Zu .
kalau boleh everyday nak tweet dengan dia.
kadang-2 bila idea gila datang
kitorang tweet tanpa mention .
macam ni , 

klik untuk pembesaran


 HARHAR , menggila dgn minah senget ni ,
sampai pukol 5 pagi baru tido :')
tweet user yg kat luar tu , 
kalau rasa nak join menggila dgn keknas
and the #TeamSenget .
mehhh , follow kitorang ><


Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

DSH

Assalamualaikum , 
salam sejahtera. heyy kaki blogger ,
 readers ,kaki skodeng , blogwalker .
How's your day? Hope everything's gonna be alright
so , harini feel keknas nak menaip terlebih .
semuanya gara-gara Wani bangkitkan
topik zaman sekolah dulu . 
kenangan weyh kenangan ~
Keknas rindu everything about us !
Paling hangat bila diorang bangkitkan
topik kitorang ponteng exam~
serious , itu kali pertama dan kali 
terakhir keknas buat camtu .
Bila dah terkena penangan cikgu
Biology kitorang, masing-2 menikus.
Dekat sebulan jugak cikgu kitorang
moody kat kelas, boikot seyh !
nampak x kitorang degil ?
now ,zaman sekolah dah tamat .
Keknas and DSH xdpt nak buat hal lagi :D
Guys ,pahit manis dgn korg xkan 
dilupakan~
Right now, aku rindu korang sangat-2
rindu nak melepak dengan korang,
minum ice blend (special , harhar)
makan soto kat kedai Bam ,
gilir-gilir belanje ....
setiap kali each of us sambut birthday
(wanis x dilupakan)
rumah aku jadi mcm kita yg punya
gelak ketawa x egt dunia ,
bila kita dapat buat mcm tu lagi?
right now , masing-2 jauh dimata .
Wani ,aku rindu nak makan asam dgn kau.
well , kau kata asam tu yg buat kau 
bijak pandai kan. HARHAR .
Siti ,aku pening ni .ade minyak kapak ?
Ain ,ade pensel kayu lebih x ?
pensel tekan Pinaz hilang la , nk pnjam ?
Wanis , bawak kamus besta x ?
nk cari maksud Friend . 
dictionary Pinaz tinggal kat rumah~
Huaaaaa !!! :'(
bila dapat isi masa sama-sama lagi ?
korang , nanti Angah aku kahwin balik tau ?
majlis dekat-2 dengan tarikh result keluar .
hope sgt korg ade :(
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments

Assalamualaikum and hello blogger .
 Dah lama x menaip , rindu rasa. :D
 . By the way harini 30 JANUARY . 
HAPPY BIRTHDAY AKMAL NAJMUDIN !
 Abang lah konon kan  beza 1 hari je .
 By the way , dia classmate Feenart masa form  4 dulu.
 And what does it mean ??? It’s mean tomorrow is my turn !!!!! 
HARHAR , dancing ~ saya sudah 18 tahun ! 18 tahun ! 
kejap je masa berlalu ~ . Ehh , mana aku nak lari ni? 
Oh please , wahai kakak abang dan sepupu-sepupuku sekalian ,
 tolonglah hentikan rancangan kalian. 
And guess what ? Sebenarnya Feenart  xde kat rumah hari esok !
 HARHARHAR .
A few days ago , my sis ade text .
 Bos dia mintak datang interview kerja .. hewhew .
 Untuk jawatan cashier  je , tapi gaji lumayan , $$$$$$$ .
 Interview on my birthday , mudah-mudahan dapat . 
Kalau dapat Alhamdulillah , rezeki dari ALLAH . 
Kalau dapat mungkin ini hadiah hari jadi paling bermakna ~ >< .
By the way , disebabkan Feenart  xde kat rumah on my birthday ,
 Akmal dah bagi hadiah untuk Feenart awal . 
Feenart x tahu pon dia nak datang bagi hadiah ,
terkejut bila dia datang malam tadi … nak tahu dia bagi ape ? 
Feenart pon x tahu sebab dia x kasi bukak dulu … sadlife ~ hihi 
.. Akmal cakap nanti malam pukol 12 malam baru boleh bukak .
 errr , ==’ lambatnya masa berlalu . hekhek . 
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments


Assalamualaikum , hello readers, hello kaki blogger. 
Pada yg tengah blogwalking tu silakan skodeng ,
jangan tak skodeng, hihi . 
Sesi persekolahan dah mula ehh ? 
Rasa janggal sangat bila tengok budak-budak
  pergi  sekolah tapi Fi tak pergi . HAHA ! 
Rasa macam nak pergi sekolah jugak.  
 Setelah lebih sebulan honeymoon ,
 bosan gila x tahu nak buat ape. 
 Haritu tolong abang jage anak dia dua orang tu.
 Kebetulan Fi  xde buat ape kat rumah , 
pengasuh pon cuti . Best jugak , 
merasa la kehidupan sebagai seorang ibu 
selama 2 minggu . Then tahun baru haritu , 
1 Januari sepupu Fi call ajak balik kampung,
 diorang suroh apply kerja kat sana. 
Lepas dapat keizinan mak , Fi pon on je. 
Merempit naik motor balik kampung, memang syokkkkk !!
Hari jumaat , 4 Januari  Fi pergi apply keje dekat pasaraya
 baru bukak dekat situ . Sape yang stay P.Sulong
 tu mesti tahu Pasaraya Chuan Aik . Pasaraya tu baru bukak 
29 Disember 2012 kalau tak silap. Banyak lagi jawatan kosong, 
Fi harap tu rezeki Fi . Hari sabtu malam Fi dengan sepupu 
balik Maokil, melenggang je tak bawak ape-ape. 
Bawak wallet je, hihi . Sampai dekat pukol 10 jugak….. 
Nak balik Ahad pagi tu rasa macam berat hati . 
Then Fi text dekat Along Emy , bole hantar Fi balik x
 hari selasa tu sebab dia off day . Along emy ajak balik isnin petang 
sebab dia pon nak balik kampung .. serious berbunga hati ni.
Hari Rabu , Fi rasa x sedap hati. 
Fi plan kalau dalam minggu ni tak dapat call jugak dari pasaraya tu
 Fi nak balik Maokil hari Selasa depan , 15 hb . 
Fi tanya dekat Along emy bole jemput x, dia on je 
. Tapi entah macam mana , Fi mandi lambat haritu . Dekat pukol 2 jugak 
Fi baru nak mandi . Keluar je dari bilk air mak Fi sampai .
 erkk ? Ingatkan sesaje jalan-jalan , rupa-rupanya ajak balik. 
Hampehh ! Fi pun mengalah je la , akur dengan keputusan mak .  
 Fi pon kemas barang-barang then ikut mak balik .


So now , I am officially PENGANGGUR TERHORMAT ! HAHA :D

 #FIFI SHAFIENAZ with my pumpkin NAJMI

*Ni je yang Fi mampu tulis harini . Bosan sangat sebenarnya….. so , thanks for reading !!
Posted by Pinahhhhhhh 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)


Pinahhhhhh

Shafienaz Sharif

Create Your Badge

Sharinahhhhh

Finaz Elmo Dsh

Create your badge

welcome to my life

Powered By Blogger

Followers

About Me

My photo
Pinahhhhhhh
Shafienaz Sharinah Twitter: @sharkkk__ We chat: @sharkkk__ Insta: _shafienazsharif 20's. Dhoteliers UiTM Terengganu
View my complete profile

Tuan Tanah~

Tuan Tanah~
Nor Shafinaz

norain

nur awanis

siti nor afifah

syaheera azwani
 

Get a Glitter Calendar Click Here

i'm in love

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (19)
    • ▼  December (2)
      • 2 DISEMBER
      • 26 DISEMBER
    • ►  November (1)
      • Assalamualaikum readers, hello bloggers.  Pagi ...
    • ►  August (1)
      • antara awak, saya dan dia.
    • ►  June (4)
      • STYLE TIDUR YANG PELIK ??
      • DJ PROPA
      • CLASS
      • Assalamualaikum, hello readers .  Harini , 1 Ju...
    • ►  May (1)
      • LIVE YOUR LIFE
    • ►  April (2)
      • NOVEL !
      • Result SPM .
    • ►  March (2)
      • Dilamun Rindu
      • Assalamualaikum , hello bloggers.  Hello reader...
    • ►  February (4)
      • TAKUT
      • BIAR MALU SEKALI, JANGAN MENYESAL SELAMANYA
      • #TeamSenget
      • DSH
    • ►  January (2)
      • Assalamualaikum and hello blogger .  Dah lam...
      • <!--[if gte mso 9]> Normal 0 ...
  • ►  2012 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)

button like .

Powered by Blogger.